Archive for August, 2008

Dosa Terakhir Ku, Cisss Ko Setan

[Ini Cerita Peribadi, Sape Bz Bodi Meh La Join, Kasik Saya Pahala Banyak2 Di Bulan Posa Nie]
*negaraku.net – rakan terbest adalah knizam sbb dia selalu vote artikel saya.
*nak vote klik bendera malaysia kecik kat sebelah artikel ini.

Cisss kau setan. Sebab kau tak kena rantai la, gadis gadis bermain bulu betis rebonding saya. Sangat bedebah kau setan. Kau dah tahu kau nak kena rantai, kau racun hati dan fikiran gadis gadis melayu. Cisss. Itu hanyalah sedikit provokasi. Apehal saya guna “kau” nie. Itu trademark aeropama dan mohdismail, megat mungkin jugak. Haha. Ape yang berlaku tadi eh? Petang tadi, saya dongak tengok atas, langit cerah je. Langkah je dua tiga tapak lagi nak pegi LRT (konon nye menyahut seruan gomen guna public transpot), hujan mencurah curah turun ~ mungkin rahmat ramadhan. Saya pun ape lagi, menggunakan kudrat usain bolt lah buat larian pecut. Maka saya berjaya mencatat rekod dunia saya sendiri dengan catatan masa 4.0m/s dlm jarak 2-3-4-5 meter. Pehhh. Satu kebanggaan yang jelek kepada ku apabila awek awek yang minum kopi kopi mahal kat tepi tepi jalan tersenyum kejam tapi teruja. Cisss. Senyum la, saya lalu ngan kete berlogo harimau lompat sambil percik air tepi jalan kat body sexy korang semua baru padan muka. Sekonyong konyong kena gelak saya pun berlalu la pergi stesen LRT. Imej kacak dan berpoket tebal sentiasa terpelihara, walau belakang dah sakit bawak laptop berat ngan dosa dosa terkumpul (dah del sblm maghrib tadi). (more…)

Add comment August 31, 2008

Merdeka Merdeka Merdeka

[Tahniah Malaysia - Hari Kemerdekaan Ke-51]

“MERDEKA”

(more…)

Add comment August 31, 2008

Kenapa Doktor Menjadi Pilihan

[Sesi tuan puan semua berfikir. Saya mau relekz otak dan badan bersama bidadari]
*coretan pendek, ada masa saya ulas.
*sila cari tersurat dan tersirat.

Tadi ada makhluk bernama guest lepak shoutbox saya. Saya tak kenal dia, dan semestinya lah dia tak kenal saya. Kalau dia kenal saya tentulah dia tahu sape saya dan tidak bertanyakan soalan yang saya fikir agak genius, kenapa doctor? Segalanya terjawab selepas iklan dibawah. Sila putarkan dan fahami betul betul kenapa saya pilih doktor! Jangan gatal nak tinggal komen kalau tuan puan tak dengar atau download dulu. Ini sesuatu yang realiti dan serius. Doktor Oh Doktor (cam nak beli dod.my je?). Update: Ade makhluk yang dah faham apa itu tersirat dan apa itu tersurat di sebalik putaran dialog dibawah. Maka saya buat sedikit ulasan, sebenarnya kalau compare doctor ngan auntie sengal sengal ayam tue, jauh la beza. Doktor agak kewl, dan saya pulak semestinya memang tak suka dengar orang perempuan dok pot pet, pet pot. Hari hari mau buat bunyi, temperature mane tak naik. Saya punya sis and bro rilex je layan patient. Huuu. Maka lu pikir la sendiri tentang ini semua dan keperluan untuk respek orang len dalam komunikasi. Tuntasnya, saya tau jodoh dan maut di tangan tuhan, jodoh tak kan kemana, dan ngan siapa siapa je boleh berlaku asal ada usaha dan doa. Tuan puan datang cni pastu dok baca tentang keinginan dan hasrat murni saya, 40 orang doa cukup la untuk membuat saya tersenyum manja. Hahhah. Doktorrrr tunggu saya… Saya sakit kat hati nie, tolong chk boley syg?

Add comment August 30, 2008

Teki Teki Dari Otak Pintar Extremist Thinker

[Lu Orang Bijak? Mane Bijak Lu Ngan Orang Kampung Lu, Sila Jawab!!!]

Kejadian adalah berlaku di ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Ada seorang perempuan nie punyalah cun giler tubuh badan serta juga paras rupa (delicious la), tapi dia bukan doktor. Dia adalah model yang bekerja untuk sebuah agensi elit bagi memperagakan tubuh badan beserta pakaian pakaian mahal secara komersial. Biasalah kaum perempuan kan suka sangat kalau di eksploitasi dengan material membaluti sesetengah tempat di tubuh. Satu hari selepas dia melakukan pertunjukan pentas membabitkan kamera dan juga mata mata keranjang kaum profesional lelaki, model itu terasa hendak mengebom jamban. Maksudnya dia sakit perut yang teramat benar. Tetapi kawasan die memperagakan fesyen itu tiada kemudahan jamban dan dia berada dalam keadaan tanpa seurat benang pun, biasa la model selepas pertunjukan fesyen mesti naked punya. Dia nekad, sebab tak tahan sangat. Tanpa fikir panjang, die berlari kearah teksi dan masuk kedalam teksi dalam keadaan bogel. Dengan pantas dia menyuruh pemandu teksi nye membawanye ke jamban DBKL dengan kelajuan yang maksima. Persoalan disini adalah, kenapa pemandu teksi lelaki itu mengerutkan muka dan bukannya membuat buat ghairah??? Kenapa???

p/s: sesi santai sebelum puasa bermula!

Add comment August 30, 2008

School of Life [Lawa Vs Delicious]

[Dilema Jejak Kacak Dalam Mencari Pasangan Hidup]

Sketsa ala ala pron ini membabitkan kawan saya, seorang lelaki… Tak kacak tapi lebih gemar menggunakan nickname berunsur  kekachakan (pernah saya buat tribute kat dia di belogz ini), masih berumur anak dara purba tapi agak tidak bergetah dan secara kasar beliau masih lagi tidak mempunyai seorang pun awek kerana sifat gei dia melebihi insan normal seperti dinyatakan diatas. Beliau juga pernah cuba menclubbingkan diri bersama beberapa orang gadis, tetapi saya rasa dia GAGAL kerana tarikannya adalah lebih kepada lelaki metroseks. Dalam pada tengah saya mencuci mata dan berpeleseran dengan gadis kiri kanan di tempat berasap dan agak gelap tapi mempunyai musix yang agak marabahaya (amaran: gadis gadis yang menagih kasih sayang saya umpama pussy cat, dimana mereka suka berlingkar di kaki dan mula menjilat betis saya turun naik), saya tanya encik kachak apa itu definisi lawa dan apa itu delicious.

Kawan saya cakap: Delicious > Lawa, Lawa >>>>>>> Ugly, Ugly = Go 2 Hell.
Komen saya cakap: Kesian saya kepada orang yang bergelar ‘ugly’ takde dosa pun, masuk neraka huhu .
Kawan saya cakap: Arr.. kalo muke tak lawa tp dressing sopan… tak ugly. Tapi kalo muka dah la tak lawa… dressing plak cam sheyall… tu ar ugly.. muka lawa dressing sopan = lawa, muka lawa dressing siallllll = delicious.. hahar!!! haha.
Komen saya cakap: Nape ko gelak cam makhluk nak kena rantai?
Kawan saya cakap: Suke hati la, aku kan gei! (gei = happy)

Jadi, itulah konsep gei, lawa, delicious dan ugly. Jadi jika anda perempuan yang lawa, delicious dan bertitle kan doktor. Sila hubungi saya, kerana jiwa saya berantakan untuk memiliki hati anda. Chaw.

27 comments August 29, 2008

Ekspresi Perempuan Terhadap Dunia Mereka Sendiri

[Hidup Cukup Perit, Lagi Perit Bila Terjumpa Makhluk Ganjil]

Saya cukup heran dengan perempuan perempuan zaman sekarang. Apakah definisi kecantikan bagi mereka adalah syok sendiri. Jumpa cermin mesti hendak bergambar gedik, maksud saya mereka berdiri depan cermin dan menghalakan kamera ke cermin dan snap. Jumpa cermin tandas snap, jumpa cermin lif snap, jumpa cermin hotel snap. Kalau dulu mereka menggunakan hset, sekarang mereka menggunakan kamera gantung di neck. Kalau snap pun, yang nampak hanyalah muka dikaverkan dengan kamera dslr terbabit. Mungkin ini dikatakan otak yang bermasalah. Anda punya masalah dengan kata kata saya? Tuan puan masuk belog ini hendaklah di dalam kerangka pemikiran yang terbuka. Jika anda tidak boleh menerima sesuatu dengan terbuka, bererti fikiran anda masih jumud sebagaimana jumudnya bangsa saya kepada parti. Hendak cuit skit pun tak boleh, apetah lagi henda menerima kritikan secara terbuka. Saya tak boleh blah dengan orang macam ini. Nasihat saya, sila bukakkan minda, kerana minda yang kolot akan tidak ke mana. Buat pengetahuan tuan puan semua, sekarang saya pandai membuat cerita saya sendiri dalam mimpi. Semalam saya bermimpi saya berjaya meletopkan hantu. Pertarungan sengit saya dengan hantu membuahkan kejayaan menggila. Kejadian mimpi berlaku pada waktu tengah hari dan saya sekarang tidak takut hantu. [Tatabahasa semakin hari semakin terok, cisss!]

Add comment August 29, 2008

Permasalahan Perempuan

[Perempuan Lagi. Bangau Oh Bangau, Bila Saya Nak Bertemu Jodoh Doktor Nie]
*Erra Fazira didapati hamil 3 bulan hasil perkongsian hidup ngan CEO.

(Gambar Produksi Silly Stupid Life)

Kenapa saya punya awek ramai? Sebab saya seorang yang mudah untuk berinteraksi dengan kaum hawa. Pelbagai persoalan dilontarkan kepada saya, dan saya akan setel dengan cara bijaksana. Kadang kadang pensetelan persoalan akan dijawab dengan kata kata keji, tetapi mereka kewl sebab sesuatu penjawaban yang berlaku adalah merupakan satu penyelesaian masalah total bagi mereka. Tetapi di belogs macam biasa la, saya tidak akan menulis sebagaimana saya memberi saranan kepada pesakit pesakit cinta, hati dan air mata dari kaum hawa. Kalau saya dedahkan di sini, macam mana hendak cari makan. Betol tak? Jadi kalau anda wahai kaum perempuan mempunyai pelbagai masalah kecuali sakit puan, saya sedia berkhidmat untuk anda 24/7. Servis baik punya dan tidak mengecewakan dan kekal nikmat sepanjang masa (macam jual ubat kat chow kit pun ade neh). (more…)

Add comment August 28, 2008

Kisah Artis Hamil Anak Pertama

[Mamarazi menguasai dunia, paparazi dah insaf]
*Erra disahkan hamil 3 bulan.
*Maafkan ku kerana menghamili mu tiada kena mengena dengan ERRA!

Bila saya taruk title “Erra Fazira Hamil” di YM, terus je banyak godaan ym agar saya berdiskusi dengan mereka. Lelaki glamer dambaan wanita biasa lah, selalu dijadikan rujukan dan panduan untuk membetulkan kehidupan sonsang. Maka saya sebagai seorang yang neutral dan mengamalkan kebebasan bersuara tentulah melayan je pelawaan mereka. Saya sentiasa meletakkan diri saya di hierarki paling atas mengatasi hierarki kaum perempuan dan lelaki di dunia ini. Daripada persengkokolan maya itu, terkejut saya dengan kenyataan seorang mamarazi “Mr.Y adalah M****L”. Yea. Selepas abjad M adalah merupakan empat bintang di akhiri dengan huruf L. Bintang tersebut adalah mewakili huruf dan bukannya bayangan binatang. Mari kita sama sama fikirkan, apakah jawapan tersebut. Dan tentunya umpatan dan adu domba tersebut dikuasai oleh golongan wanita yang bila mana saya suruh mereka tarik balik, mereka semua cakap tak nak sebab EGO.

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Artis popular tanah air, Erra Fazira bakal bergelar ibu apabila dia kini sedang hamil anak pertama. Bercakap kepada belog ini, suami Erra iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, usia kandungan isterinya itu kini hampir tiga bulan. Menurut Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Operasi radio Suria FM, doktor mengesahkan Erra mengandung sebulan lalu.

Add comment August 28, 2008

Obsesi Perempuan

[Seorang kawan bertanye, mane gambar kawai @ lenglui seksi. Jawapan saya puasa nak dekat. Tapi kalo rasa menggila pasni, letak jugak :p]

*menurut pandangan kasar penulis dan membabitkan sesetengah orang
 sahaja, BUKAN SEMUA!

Kalau hendak bercakap pasal perempuan, memang susah sebab saya tak berapa reti bercakap. Kalau hendak menulis pasal perempuan, mudah je. Berjela jela saya boleh tulis, dari yang buruk kepada yang baik, dari yang tersirat kepada yang tersurat, dari yang mengilai saya kepada yang meminati saya, dari yang jelez melihat perempuan lain mendekati saya kepada lah yang merelai dirinya dibelai saya. Tapi itu hanyalah mukaddimah di petang yang agak panas ini. Bukan pasal politik, tetapi hujan tak nak turun di muka bumi gersang. Petandanya mudah sahaja, puasa dah nak dekat. Bulan seribu kerahmatan dan seribu semacam ujian. Tapi ini bukanlah juga benda yang hendak saya tulis. Yang saya hendak tulis adalah obsesi perempuan sekarang. Dunia sudah berubah ~ itu kata berita hairan. Saya bersetuju, kerana kaum perempuan @ lebih senang saya tulis puan puan mula meneroka dunia internet dengan lebih mendalam berdasarkan beberapa sebab. 1)hendak glamer dan publisiti 2)hendak mencari jodoh dan 3) hendak berniaga. Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Kaum lelaki hanyalah suka menghabiskan masa tengok pron. Adegan sama yang diulang siar berulang ulang kali semacam astro pulak. Saya malas nak tulis panjang tapi saya huraikan sedikit obsesei perempuan terhadap dunia internet, walau terdapat banyak lagi obesesi mereka terutama menjurus kearah material. (more…)

Add comment August 27, 2008

Merdeka Tang Mane Kalo Dok Lepak Camtue

[Tajuk Di Atas Saya Sendiri Pun Tak Paham]

Semalam-malam yang lepas saya terima mesej nasionalisma dan perpaduan dari socialsite negaraku.net yang bertaip “Merdeka is drawing closer. Unfortunately this year isnt as festive as last year. No poster on the streets, lack of promotion and no one is putting up our Jalur Gemilang (car or house). Some even flipped the flag upside down (an upside down flag represents an international symbol of extreme distress, well, are we? ). So, to appease this daunting awkwardness, Negaraku! Team made Web Stickers for our 51st Merdeka Anniversary“. Jadi apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah apa ertinya merdeka bagi anda. Cisss. Soalan yang berbentuk klise lagi. Adakah anda merdeka apabila berjaya melarikan diri dari rumah? Adakah anda merdeka apabila habis menuntut di pengajian tinggi? Adakah anda merdeka bila dapat kahwin lari dan lepas dari tanggungjawab ibubapa? Adakah anda merdeka bila dapat meminum setitik liqour? Adakah anda merdeka bila dapat melakukan persetubuhan haram? Adakah anda merdeka bila anda rasa anda merdeka? Eh, cane tue? Definisi setiap orang adalah pelbagai, tapi yang paling penting adalah bagi saya adalah, kita merdeka bila kita berjaya melalukan satu anjakan paradigma atau penghijrahan dalam hidup dari sesuatu yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik. Ibarat kalau tuan punya seorang awek sekarang haruslah mempunyai dua awek kendian. Kalau berbini satu haruslah berbini empat. Kalau bersuami satu haruslah tidak berbahagi suami! Setuju? Tak setuju merupakan satu petanda minda anda masih dijajah. Tuan tuan sebagai lelaki haruslah lebih berani berdepan dengan isteri, dan tolaklah ayat “saya takut bini”. Itulah konsep kemerdekaan yang dihancurkan oleh saya. (more…)

Add comment August 27, 2008

Previous Posts


Ini Jadual Pelempang

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Nukilan Nak Kena Lempang

Telah Melempang

Arkib Tua

Daya Tujah