Archive for September, 2008
Top 3 Redtube
[Kelolaan Mat Gian]

Allo suma apa kaba? Rindu gua? Nie gua nak kasik tahu… dak hanyut Extremist Thinker tengah main ngan lembu susu dia, maka skali lagi muka gua yang penuh cahaya keimanan akan ambil alih penulisan ini. Baru baru ini nak bukak cite sket sebelom kite gi kat top 3 untuk youtube (bukan redtube ye tuan puan), gua ngan geng geng gua nyaris nyaris kene belasah kat ngan cinema the curve tuh. Apa la pakgad ini… bikin kecoh je. Walau gua kaki hisap tapi muka gua dan geng geng gua penuh cahaya keimanan dia orang talak nampak ka? Bikin panas je. Nak tengok wayang panas pun sakit hati. Grrr. Gua marah. Tapi gua lagi marah kat kompeni bumiputera tahi yang kencing member gua. (more…)
9 comments September 20, 2008
Belog Ini Dinamakan Lembu Susu
[Boleh Dikatakan Bday Yang Hampeh Bila Belog Down]
*sebarkan url ini ye kawan2. nnti saya change ns ke wp.com!

Sempena sehari selepas besday, saya telah melantik lembu lembu susu untuk mentadbir urus belog saya. Penyerahan tugas terpaksa dilakukan kerana pihak kandang telah membuat tahi. Pihak kandang yang dimaksudkan adalah berupa kompeni bumiputera yang memberi baja atau pun biji kepada belog Extremist Thinker. Sekian makluman berita untuk tatapan tuan puan. (Saya kehilangan data artikel untuk tarikh 16, 17 & 18 September, ada siapa simpan keratan belog 3 hari keramat tersebut?) Siapa mahu sponsor hosting baru? Pungutan derma hendaklah di serahkan kepada masjid berhampiran tuan puan atas nama Extremist Thinker. Tengs.
10 comments September 19, 2008
Selamat Hari Tua Pekebun Tua
[Artikel Ini Kehilangan Sayap & Telah Patah Kaki]

Selamat Hari Tua Pekebun Tua.
5 comments September 18, 2008
Nuzul Al Quran & Lailatul Qadar
[Artikel Ini Kehilangan Sayap & Telah Patah Kaki]

Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. (more…)
Add comment September 17, 2008
Trend Perempuan Cantik Malaya
[Artikel Ini Kehilangan Sayap & Telah Patat Kaki]

Sape yg save artikel nie kalo leh kasik saya balik, saya kasik minyak belacak agar tuan puan hebat dan perkasa 8 jam ibarat perjalanan sehala dari kb ke kuala lumpur!
Add comment September 16, 2008
Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti
[Kisah Saya Seorang Yang Malang Dan Mengapa Saya Menjadi Pemikir Ekstrim]
*kisah ini sebagai memenuhi kehendak manusia yang ingin berkenalan.
*esei ini mengandungi 2 perenggan. calon dikehendaki membaca kedua duanya.

![]()
Remaja dahulu saya seperti tuan puan semua. Seorang yang kental dalam apa jua perkara. Satu hari saya telah diculik dan saya ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama sembilan belas yg lain. Taukey Leong, saya masih ingat nama itu. Dialah yang memiliki kami semua. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Saya tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dan Taukey Leong. Joe menghampiri saya dan membawa saya pergi. Joe membawa saya berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika saya dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah saya hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang. Bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu. Masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis. (more…)
5 comments September 15, 2008
Signifikan Mimpi Ular
[Orang Suh Update, Nah Artikel Mengarut Tapi Penuh Pengertian]
*wallaweyyy, buntu la beb dok kampung.

Orang melayu atau rakyat malaya sering dimomok dengan mimpi mimpi, apetah lagi mimpi yang boleh menginjakkan diri mereka dari seorang kanak kanak kepada kepada seorang dewasa. Apabila dewasa mimpi mereka bertambah tambah merepek. Ada yang mimpi ke bulan untuk berkahwin dengan dr.sms, ada awek awek cun yang ber mimpi honeymoon dengan extremist thinker di hotel fer season bali dan ada yang bermimpi berkelana dengan ular. Apekah signifikan nya mimpi ular ini? Kenapa ular? Kenapa tidak kondom? Erkkk. Sama sama la kita fikir, adakah tuan puan seorang kancil atau buaya. Mahu sahut cabaran ini. Nahhh, komentar di bukak. Ehh, apekah signifikan artikel ini dengan pencarian gadis malaya. Saya mahu kawen. *pipi merah*
18 comments September 14, 2008
Walimatul Urus Extremist Thinker
[Semoga Berbahagia, Panjang Umur, Sihat Wallafiat]
*jangan lupa pesta rakyat di kediaman penulis pada 1809 sempena bday!

Salam kepada semua member member yang mengenali saya. Tentu tuan puan terkejutkan kenapa saya tetiba balik kampungkan? Makan makan bukak posa bersama belogerz kat restoran jang nara esok pun saya tak pegi. Saya sebenarnya dalam dilema, sampai belog pun saya dah tak mahu menulis dah. Tak pernah seorang genius macam saya di letak di dalam situasi sebegini. Haruskah saya mengkorban teruna saya se awal ini? Haruskah saya menamatkan masa masa dara saya untuk tidak meng enjoy diri di umur yang masih muda? Haruskah benda ini di kensel atau di tunda? Hurm. Tekanan tekanan tekanan la wallaaawey. Kepada member member, saya sebenarnya nak kahwin. Hari Raya pertama ni. Wat kecik kecik je kat rumah pengantin perempuan. Semua jemput datang eih. Tak payah bawak apa apa hadiah. Tak suka… (more…)
Add comment September 12, 2008
Cinta Sejenis Di Kenal Melalui Tapak Kaki
[Beramaran : Artikel Ini Bukan Bacaan Siang Hari Mahu Pun Ketika Gersang]
*ekspresi gambar mencerminkan pencemaran pemikiran lu orang.
*penulis seorang yang “clean” / tulis berdasarkan pemerhatian.

Jika dahulu Mat Gian menerjah ruangan kelolaan Extremist Thinker, di ikuti dengan Siti… Kali ini penulis ingin memperkenalkan satu watak asing lagi dalam bulan puasa. Watak yang baru hendak mencipta nama di persada belog tanah air, tidak asing dan tidak akan femez adalah Encik Karim. Mungkin lain kali penulis akan mengambil watak watak pengkomen di belog ini untuk dijadikan modal cerita (jaga jaga la sape komen pedas akan jadi mangsa). Untuk makluman semua, penulis terpaksa berhenti menulis disebabkan oleh penyakit mental block. Heheh. Sebelum Encik Karim take over kelolaan ini, penulis ingin memberi sedikit gambaran biodata tentang Encik Karim. Encik Karim merupakan seorang lelaki biasa je, berumur lewat 20an, iq agak rendah dari Extremist Thinker disebabkan oleh kehidupan menonton pron yang menjadi habitnya setiap hari, seorang yang agak bonzai dan anti perempuan ber kasut tumit tinggi, tidak mempunyai pekerjaan profesional yang tetap dan mengamalkan gaya hidup bebas dan segar bugar. Okeh, saya serahkan kepada Encik Karim untuk berkata kata. (more…)
Add comment September 11, 2008
