Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti
September 15, 2008
[Kisah Saya Seorang Yang Malang Dan Mengapa Saya Menjadi Pemikir Ekstrim]
*kisah ini sebagai memenuhi kehendak manusia yang ingin berkenalan.
*esei ini mengandungi 2 perenggan. calon dikehendaki membaca kedua duanya.

![]()
Remaja dahulu saya seperti tuan puan semua. Seorang yang kental dalam apa jua perkara. Satu hari saya telah diculik dan saya ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama sembilan belas yg lain. Taukey Leong, saya masih ingat nama itu. Dialah yang memiliki kami semua. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Saya tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dan Taukey Leong. Joe menghampiri saya dan membawa saya pergi. Joe membawa saya berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika saya dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah saya hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang. Bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu. Masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika… Joe senyap tanpa sebarang bicara, entah berapa kali jam ditangan direnunginya… Sayup-sayup kedengaran beberapa suara seakan menghampiri kami… Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu… Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini. Saya resah dengan renungan itu. Renungan yg dipenuhi nafsu serakah. Joe memperkenalkan saya padanya. Roy, begitu jugak dengan yg lain-lain, Ramlan, Poie dan si gemuk itu Poringi. Roy membisikkan sesuatu pada Joe dah tanpa ku sedar saya kini berada dalam genggaman Roy. Perkara terkutuk tadi dilakukan lagi dari tangan ke tangan. Saya berpindah. Saya dikucup, di isap, di ramas sepuas-puasnya. aduhh!!! Saya tak mampu lagi menahannya. Seluruh tubuh saya bagaikan hancur menjadi abu. Tubuh ku di kecap mereka sepuas hati dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi kaki lima. Habis madu sepah dibuang. Maruah hidupku hancur. Begitulah kisah saya dari zaman dara hingga zaman kehancuran.
![]()
Selepas zaman kehancuran saya kembali bangkit dan menukar jantina. Dan kini saya akan ceritakan kisah kisah sebenar saya yang lain pula. Saya seorang yang tidak pernah minum arak dan juga tidak pernah menjual, tidak semacam rakan rakan saya kerana karier terpaksa mereka dahulu kala. Saya memelihara seekor lembu susu yg minum petrol dengan begitu parak. Saya juga seminggu sekali dan kalau boleh sehari sekali sms pama terchenta mintak pitis (once upon a long time ago). Saya tidak suka perkataan hipokrit, kerana hipokrit boleh disamakan dengan babi hutan ~ mahu tunjuk lagak tapi tengkuk tade (kalau manusia boleh disamakan dengan takde telur baik lelaki mahupun perempuan). Saya kadang kadang makan pitis haram… bukan sports toto taw, magnum, 4D dsb tapi saya suka mengepow duit member tapi kendian di halalkan bila hari raya menjelang tiba!!! Ahh syukur, sekarang bulan ramadhan, xlama lagi hari raya dan semuanya halalan toshiba. Saya juga terikat dengan hutang yang tidak disengajakan… Setakat ini, saya tidak lagi menghampiri romen atau lebih mudah panggilanya adalah berzina. Tuan puan mesti tahukan saya seorang virgin dalam ape hal sampai la saya kahwin nanti. Saya juga seorang yang tidok suka becaro kokre… Saya mempunyai kelulusan atas skit dari SPM, atas sikit dari diploma tapi tidak pula sampai tahap master. Tapi saya memikirkan untuk memiliki PhD agar saya bergelar seorang dokter dan wifey saya pulak seorang dokter perubatan. Saya tidak mengamalkan sex bebas dan yang penting saya seorang mulia di hati gadis gadis perawan! Itulah kisah saya, maka saya buka peluang ini untuk gadis gadis perawan menagih cinta dari saya. Harap puas hati dengan nukilan 600 patah perkataan.
ps: tuan puan boleh pilih, yang mana satu saya.
pss: perenggan satu atau perenggan dua, saya sedia berkhidmat 24jam.
Entry Filed under: Penulis Terkenal. Tags: kisah saya, saya sekotak rokok.
5 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. aisyahkama | September 15, 2008 at 12:17 am
haha… aku pilih 1 1/2… gewd2~
aisyahkama’s last blog post..Tidak Perlu Rasa Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti
2. stu_comot | September 15, 2008 at 12:18 am
sy rase entry nih comell sgt..hee..
3. erene | September 15, 2008 at 12:45 am
td u goda i??
apa kes tu syg?
4. Extremist Thinker | September 15, 2008 at 1:11 am
hahah. goda dan tergoda
jadi kepada anda semua, nk pilih 1 atau 2?
jgn jwb macam 1st komen tue. dia tgh tak sehat.
disyaki tak dpt pose. hehe.
5. nora | September 20, 2008 at 9:09 am
hahahahahahha adehhh yg mana satu pilihan kalbu.. hhuuhuhhu ermmm berat nk wat pilihan kamo nie…..