Tidak Perlu Tagih Simpati Sesiapa Dalam Mendedahkan Identiti

[Kisah Saya Seorang Yang Malang Dan Mengapa Saya Menjadi Pemikir Ekstrim]
*kisah ini sebagai memenuhi kehendak manusia yang ingin berkenalan.
*esei ini mengandungi 2 perenggan. calon dikehendaki membaca kedua duanya.

Remaja dahulu saya seperti tuan puan semua. Seorang yang kental dalam apa jua perkara. Satu hari saya telah diculik dan saya ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama sembilan belas yg lain. Taukey Leong, saya masih ingat nama itu. Dialah yang memiliki kami semua. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Saya tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dan Taukey Leong. Joe menghampiri saya dan membawa saya pergi. Joe membawa saya berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang. Alangkah bahagianya jika saya dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah saya hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku. Joe menghela nafas panjang. Bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu. Masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yang tadinya bagai ditunggang iblis. (more…)

5 comments September 15, 2008

Signifikan Mimpi Ular

[Orang Suh Update, Nah Artikel Mengarut Tapi Penuh Pengertian]
*wallaweyyy, buntu la beb dok kampung.

Orang melayu atau rakyat malaya sering dimomok dengan mimpi mimpi, apetah lagi mimpi yang boleh menginjakkan diri mereka dari seorang kanak kanak kepada kepada seorang dewasa. Apabila dewasa mimpi mereka bertambah tambah merepek. Ada yang mimpi ke bulan untuk berkahwin dengan dr.sms, ada awek awek cun yang ber mimpi honeymoon dengan extremist thinker di hotel fer season bali dan ada yang bermimpi berkelana dengan ular. Apekah signifikan nya mimpi ular ini? Kenapa ular? Kenapa tidak kondom? Erkkk. Sama sama la kita fikir, adakah tuan puan seorang kancil atau buaya. Mahu sahut cabaran ini. Nahhh, komentar di bukak. Ehh, apekah signifikan artikel ini dengan pencarian gadis malaya. Saya mahu kawen. *pipi merah*

18 comments September 14, 2008

So Unsangkarable!!!

[Horey... Horey, Hip Hip Horey... Bergembira... Lalalla...]
*kita menyanyi sambil langkah kanan kiri… hip2 horey, hip2 horey, bergumbira!

So unsangkarable. Artikel walimatul urus mendapat hits yang amat bagus. Ini merupakan satu fenomena kepada belog berpuaka yang segan hidup mati tak mahu ini. Benda berpuaka semakin berpuaka dengan pengkomentar yang bijak lagi bernas. Terima kasih semua yang drop komen dan men drop bom atom di ym saya. Sebelum saya merungkai misteri walimatul urus kita lihat dulu beberapa surat layang yang melihat kesengalan Extremist Thinker dari perspektif berbeza: (more…)

Add comment September 13, 2008

Walimatul Urus Extremist Thinker

[Semoga Berbahagia, Panjang Umur, Sihat Wallafiat]
*jangan lupa pesta rakyat di kediaman penulis pada 1809 sempena bday!

Salam kepada semua member member yang mengenali saya. Tentu tuan puan terkejutkan kenapa saya tetiba balik kampungkan? Makan makan bukak posa bersama belogerz kat restoran jang nara esok pun saya tak pegi. Saya sebenarnya dalam dilema, sampai belog pun saya dah tak mahu menulis dah. Tak pernah seorang genius macam saya di letak di dalam situasi sebegini. Haruskah saya mengkorban teruna saya se awal ini? Haruskah saya menamatkan masa masa dara saya untuk tidak meng enjoy diri di umur yang masih muda? Haruskah benda ini di kensel atau di tunda? Hurm. Tekanan tekanan tekanan la wallaaawey. Kepada member member, saya sebenarnya nak kahwin. Hari Raya pertama ni. Wat kecik kecik je kat rumah pengantin perempuan. Semua jemput datang eih. Tak payah bawak apa apa hadiah.  Tak suka… (more…)

Add comment September 12, 2008

Cinta Sejenis Di Kenal Melalui Tapak Kaki

[Beramaran : Artikel Ini Bukan Bacaan Siang Hari Mahu Pun Ketika Gersang]
*ekspresi gambar mencerminkan pencemaran pemikiran lu orang.
*penulis seorang yang “clean” / tulis berdasarkan pemerhatian.

Jika dahulu Mat Gian menerjah ruangan kelolaan Extremist Thinker, di ikuti dengan Siti… Kali ini penulis ingin memperkenalkan satu watak asing lagi dalam bulan puasa. Watak yang baru hendak mencipta nama di persada belog tanah air, tidak asing dan tidak akan femez adalah Encik Karim. Mungkin lain kali penulis akan mengambil watak watak pengkomen di belog ini untuk dijadikan modal cerita (jaga jaga la sape komen pedas akan jadi mangsa). Untuk makluman semua, penulis terpaksa berhenti menulis disebabkan oleh penyakit mental block. Heheh. Sebelum Encik Karim take over kelolaan ini, penulis ingin memberi sedikit gambaran biodata tentang Encik Karim. Encik Karim merupakan seorang lelaki biasa je, berumur lewat 20an, iq agak rendah dari Extremist Thinker disebabkan oleh kehidupan menonton pron yang menjadi habitnya setiap hari, seorang yang agak bonzai dan anti perempuan ber kasut tumit tinggi, tidak mempunyai pekerjaan profesional yang tetap dan mengamalkan gaya hidup bebas dan segar bugar. Okeh, saya serahkan kepada Encik Karim untuk berkata kata. (more…)

Add comment September 11, 2008

Berbuka Puasa Di Temani Gadis Pelayan

[Ruangan Iklan Ini Berbayar, Sila Kolek Kupon Bertuah Dari NH]

Hello, oke ka lang? Bertemu lagi kita di dalam rancangan jalan jalan sambil masak memasak bersama Extremist Thinker. Hos undangan yang menggantikan Extremist Thinker kita pada kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah Siti. Buat makluman tuan puan semua, saya pilih Siti buat kali kedua muncul di dalam belog ini adalah kerana beliau mempunyai potongan bentuk badan menawan 28-28-28. Dengan potongan sebegini, saya berharap beliau akan menjadi ikon dan pengaruh ikutan (trend setting) kepada mana mana gadis. Kepada gadis gadis diluar sana, lupakan hasrat untuk mempunyai potongan 34-26-36 kerana saya amat percaya, tahap nisbah makan anda dengan rejim diet anda di bulan puasa tidak mungkin mengempiskan lemak lemak anda, melainkan kelibat papa telur dan mama telur akan kelihatan di mana mana sahaja. Maka saya serahkan sesi rancangan jalan jalan sambil masak memasak ini kepada Siti.  (more…)

Add comment September 10, 2008

Belog Kena Hentak Ngan Mat Gian

[Mat Gian Ber IQ Genius, Sepintar Extremist Thinker]
*dikarya oleh bro jalan belakang, Mohd Lorong.
*rakan peluk saya masa lepak cohkit loaaad.
*sape nk submit artikel, contact kat ats.

Allo apa kaba suma? Ya arini korang suma bersama gua. Member gua bernama Extremist Thinker, kalo lu orang tgh baca artikel nie pagi sok, dia dah blah balik kampung. Ya nama gua mat gian. Ari ari gua isap dadah. Jadik di sini gua nak nasihatkan kepada semua umat umat islam dan semua rakan rakan melayu, jangalah kita membeli dadah. Jangan lah kita menggunakan dadah. Janganlah kita hisap dadah. Hisaplah benda lain lain yang lebih elok seperti menghisap darah atau bermain guli. (more…)

Add comment September 9, 2008

Geli Nye Saye Yew Pegang Tas Tangan Awek Lu

[Bertemu Lagi Dalam Ruangan, Mari Membuang Masa]

Pagi semalam belog saya kena goncang. Pehhh. Ade sorang kapten ala ala pirates of teluk aden goncang belog saya atau lebih tepat shoutbox. Saya pun usha line la tengok sape goncang tue. Nie msg cik tuan puan yang goncang “HooKeD: Nawaitu sahaja aku menyinggah untuk membaca blogmu kerana Allah Ta’ala, Selamat menyambut ramadhan!” Aihhh. Saya baca dan macam pelik je bunyi niat nye, lantas saya ke belog cik tuan puan kita tue. Hahhh! Sekilas ikan dilaut, inikan pulak terdapat kek karya teragung di depan mata. Pehhh. Ape hal? Selidik punya selidik, hehe. Saya tak berani komen ar. Nanti saya di gang bang oleh peng-idola belog tersebut. Kepada captain hooked, trimas lawat belog ini. Daaa. Sape usha belog dia atas risiko sendiri. Saya tidak punya ape kaitan oke. (more…)

Add comment September 8, 2008

Review Citer Bersama Saya

[Cubaan... Cubaan... Cubaan... Mesti Tak Menjadi]
*tak berbakat nak wat review filem
*selain citer upin&ipin, prison break season 4 pun dah ke langit!
*download pbreak401 dan prbreak402 (up nu eps setiap selasa)

Sempena bulan puasa yang menjelma, saya hendak review citer yang menjadi kegemaran anak anak kecik termasuk saya kerana saya masih kecil dan belum khatan. Sunat je dah. Citer kali ini adalah citer upin dan ipin. Citer dua budak botak yang comel berumur lima tahun dan di akui mereka berdua memang comel melebihi kecomelan wajah pan asia saya. Turut membintangi cerita comel ini adalah kak ros merangkap awek maya saya dan juga opah mak mertua maya saya juga. Kehidupan mereka sangat comel, secomel kehidupan kampung saya. Best woo jadik budak kampung. Rugi tuan puan tak lahir kat kampung. Penah je saya jumpa budak bandar cakap kambing tue anjing berjanggut bila dia orang lepak kampung. Ape hal. Huhu. Citer comel nie akan disiar sabtu-ahad 7pm di tv9. Nie episod baru. Layan je. Gambar dan video ada kat dalam. Betul… betul… betul… (more…)

Add comment September 7, 2008

Bila Sifat Ingin Tahu Memakan Diri

[Amercam artikel pendek, bleh layan tak?]
*ju xde para para sakura lagi. haha!

Hello, oke ka lang? Puasa dah masuk tujuh hari beb. Tujuh likur dah tak lama. Formasi 4-4-2-1 masih bertahan, tetapi posisi permainan diubah. Dari pertahanan saya mara sebanyak langkah mungkin kepada posisi striker. Mungkin saya akan jadi goal keeper pihak lawan nanti, mane tahu?. Kelibat manusia nak bertarawikh semakin kurang, tetapi manusia bermoreh semakin ramai di kedai kopi sambil bagi makan jin dengan kepulan asap dinamakan sisha?. Daripada tujuh hari saya puasa satu hari hampir goncang. Ini gara gara permainan alexa. Siapa masuk top 100 alexa Malaysia angkat tangan? Tak masuk jangan tipu jika tuan puan gila kan hitz. Saya masuk sebab AM|R godek godek projek free dns hosting. Saya pun korek korek jugak alexa. Hasilnya saya terjumpa dalam top 100 tersenarai satu belog belogsepot. Saya heran, kenape belog belogsepot boleh kerek gila ada dalam list sedangkan saya kecundang di tangga ke seratus juta. Saya klik dan dunia bergoncang segoncang goncangnya. Bukan goncangmadujulia oke. Maka tamatlah permainan puasa gemok saya menjadi kurus, se slim body saya dan sekental perut six pax of cigar. Jangan salahkan saya. Sifat ingin tahu dalam diri umpama seorang budak bertanyakan bapanya “burung ape? burung ape? burung ape?”. Oke dah… Berbalik kepada ramadhan dan syawal, saya berkira kira mahu beli kasut bata sempena raya, tapi rasa nye roti planta letak gula lagi sedap dari beli kasut bata. Lagi pun owner kasut bata dah kiok. Dulu kala mati mati saya ingat owner kasut bata rakyat malaysia iaitu merangkap seseorang dalam kejiranan kampung saya, sebab dia punya kilang getah paling busuk kat tempat saya. Tapi minggu nie lain citer plak. Cisss. Sia sia saya sokong kasut bata selama ini. Ingatkan jenama tempatan. Bagaimana dengan anda? Saya sudah beralih kepada kasut buatan gombak. Terbaik dan termurah jika dibanding porsche design saya. Kunun kat the curve cakap new arrival alihnya kat suria klcc diberi potongan tiga puluh hengget. Vv. Grrr. Tiga puluh hinggit leh bagi unta saya makan dua tiga minggu. Dah kul dua am. Jumpa lagi esok beb. [Editan sahur: Ada pun terdapat sejenis butik kasut yang bernama vincci. Butik ini akan menyediakan potongan hari hari mau potong, sampai perempuan semua tertipu dan mudah kena tipu. Persoalan disini adakah kaum perempuan memang mudah kena tipu atau memang betul kasut vincci tersebut terlalu pandai untuk di pakai kaum perempuan. Sepertimana biasa: jika permasalahan mudah sebegini tidak ditangani oleh kaum perempuan, lupakan hasrat menggoncang dunia melainkan menggoncang treadmill sahaja. Pehhh] Apa kata anda?

Add comment September 7, 2008

Next Posts Previous Posts


Ini Jadual Pelempang

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Nukilan Nak Kena Lempang

Telah Melempang

Arkib Tua

Daya Tujah